• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • PELANCARAN PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK 2022-2026

PELANCARAN PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK 2022-2026

IPOH 1 JULAI 2022 - Majlis pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) 2022-2026 telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MAIPk Tan Sri Mohd Annuar bin Zaini di Kompleks Islam Darul Ridzuan Ipoh. Majlis dihadiri Pengarah SPRM Perak Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohamad serta Tuan Shahrul Azam bin Shaari Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk. Turut hadir semua ketua agensi agama di negeri Perak serta warga pekhidmat MAIPk yang telah bersama-sama melafazkan bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada majlis tersebut.

Pelan Antirasuah Organisasi MAIPk (OACP) dibangunkan seiring dengan komitmen kerajaan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 bagi mencapai aspirasi agar Malaysia dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah. Ia merupakan dokumen penting yang menjadi panduan menangani masalah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan salah laku dalam organisasi.

Objektif OACP meningkatkan keupayaan penyampaian perkhidmatan melalui tadbir urus yang telus, cekap dan berkesan, menghindarkan rasuah di MAIPk melalui pemerkasaan integriti dan governans serta menyediakan dokumen rujukan dan pelan tindakan untuk pekhidmat MAIPk ke arah MAIPk yang berintegriti, berakauntabiliti dan membenci rasuah.

Secara umumnya, OACP MAIPk 2022-2026 mengandungi empat bab iaitu pengenalan, pengukuhan aspek governans, integriti dan antirasuah, memperkasakan usaha pencegahan rasuah dan kesimpulan serta harapan masa hadapan.

Pelan menetapkan enam bidang keutamaan yang menjadi teras utama dalam usaha memerangi rasuah. Bidang keutamaan tersebut ialah tadbir urus, sumber manusia, kewangan, perolehan dan operasi. Strategi yang dikenal pasti melalui enam bidang keutamaan yang digariskan pada 11 objektif strategi yang mengandungi 86 inisiatif serta akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.