• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : REZEKI PENCINTA AL-QURAN

Abdul Rahman bin Hassan
Batu 14, Kampung Gapis, Padang Rengas

KUALA KANGSAR - Encik Rahman yang berasal dari Kampung Gapis, Padang Rengas itu sangat mencintai al-Quran. Tidak jemu-jemu dia mempelajari dan mendalami ilmu tersebut. Dia memiliki tujuh orang cahaya mata. Besar harapannya agar anak-anaknya dapat menjadi hafiz al-Quran. Jadi, anak-anaknya dihantar ke sekolah tahfiz. Tiga orang anaknya yang berumur 23 tahun, 21 tahun dan 19 tahun itu belajar di Maahad Tahfiz Ulum di Kedah. Manakala anaknya yang berumur 16 tahun belajar di Maahad Tahfiz Lake View. Dua orang lagi anaknya masih belajar di sekolah rendah yang berdekatan dengan rumah mereka. Seorang lagi anaknya tidak dapat bersekolah disebabkan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Pasangan suami isteri ini bukan sahaja perlu menjaga anak mereka yang tidak sihat, malah mereka juga menjaga bapa Encik Rahman yang telah uzur. Encik Rahman sendiri memiliki masalah kesihatan. Dia menghidap penyakit kekurangan darah. Disebabkan keadaan kesihatannya itu, dia menerima bantuan daripada JKM sebanyak RM450 sebulan. Dengan bantuan tersebut, dapatlah dia menampung keperluan perubatan anak, bapa dan dirinya sendiri.

Rumah tempat mereka sekeluarga berteduh kian uzur dimakan usia. Dinding dan lantai rumah yang diperbuat daripada kayu ada yang telah dimakan anai-anai. Atap rumahnya pula semakin banyak tempat yang bocor.Untuk membaiki kerosakan tersebut dia tidak mampu. Oleh sebab keadaan rumahnya yang semakin membimbangkan itu Encik Rahman tampil memohon bantuan bina rumah daripada MAIPk.

Alhamdulillah permohonannya diluluskan. Mesyuarat bersetuju menggunakan peruntukan khas bagi bantuan bina rumah jenis A (3 bilik) bernilai RM50,000 melalui program Projek Baiti Jannati dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tahun 2020. Kunci rumah baharu Encik Rahman itu telah diserahkan oleh Encik Mohamad Hafizi bin Mohamad Nor selaku Pegawai Baitulmal Daerah Kuala Kangsar pada 10 Januari 2022 yang lalu. Diharapkan dengan bantuan rumah ini, hidup Encik Rahman sekeluarga lebih tenang dan selesa.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.