• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : RUMAH YANG DINANTI

Mohd Haten Bin Panjang Abu Kasim
Kampung Senggang, Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR - Encik Haten berasal dari Kampung Senggang Kuala Kangsar. Sudah berkahwin dan memiliki tiga orang cahaya mata. Dia melakukan kerja kampung dan mengambil upah mesin rumput. Dengan purata pendapatan RM600 itulah dia menyara kehidupan mereka dan menanggung persekolahan dua orang anaknya. Manakala anak bongsunya pula masih kecil dan belum lagi bersekolah. Isterinya merupakan suri rumah tangga. Namun sesekali ada menggantikan rakannya bekerja sebagai pembantu di kedai apabila diperlukan.

Mereka menetap di sebuah rumah pemberian ehsan daripada bapanya. Namun rumah PPRT tahun 80-an itu telah pun usang dan banyak bahagian yang perlu dibaiki. Kebanyakan tiang kayu dan dinding papan rumah itu telah reput. Sebahagian lantai rumah mereka pula masih berlantaikan tanah dan tidak bersimen. Encik Haten mengumpulkan batu-batu sungai yang kecil dan diletakkan di lantai rumahnya bagi mengurangkan debu apabila angin bertiup.

Memikirkan keadaan rumah yang semakin membimbangkan itu Encik Haten tampil memohon bantuan bina rumah daripada MAIPk kerana bimbangkan keselamatan mereka sekeluarga. Alhamdulillah, rezeki tidak salah alamat. Permohonan Encik Haten diluluskan. Proses pembinaan rumah baharu tiga bilik buat mereka sekeluarga pun bermula.

Pada 20 April 2022, rumah yang siap dibina itu diserahkan kepada Encik Haten sekeluarga oleh Encik Mohamad Hafizi Bin Mohamah Nor selaku Pegawai Baitulmal Daerah. Rumah yang berkeluasan 850kp itu bernilai RM76,500. Diharapkan dengan bantuan ini dapat memberikan keselesaan buat Encik Haten sekeluarga.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.