• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL PERALATAN : DEMI KELUARGA TERCINTA

Nor Hashim Bin Mohamad Ghazalan
Taman Muhibbah Jaya, Fasa 11, Sungai Siput

KUALA KANGSAR - Encik Hashim merupakan anak jati Sungai Siput, Perak. Dia sudah berusia 56 tahun dan tinggal di rumah di Taman Muhibbah Jaya yang dibelinya dengan bayaran bulanan RM600 sebulan. Encik Hashim tinggal bersama isteri dan seorang anaknya yang masih lagi bersekolah dalam tingkatan 5. Dia juga tinggal bersama-sama ibu mertuanya yang telah uzur.

Isterinya tidak bekerja kerana menjaga ibu tercinta. Encik Hashim bekerja menangkap ikan di laut. Jika cuaca tidak mengizinkan dia akan mengambil upah mesin rumput dan membuat paip di kawasan kampungnya. Dengan purata pendapatannya sebanyak RM700 itulah digunakan untuk membayar bil bulanan, bayar sewa beli rumah, bayar persekolahan anak dan lain-lain.

Encik Hashim tidak duduk diam, dia berusaha melakukan pelbagai kerja yang termampu untuk menambah pendapatan buat keluarga tercinta selagi kudrat masih tersisa. Panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Bot miliknya yang sering digunakan untuk mencari rezeki di laut telah bocor di bahagian bawah akibat terlanggar batu sungai. Berbulan-bulan dia tidak dapat turun ke laut kerana keadaan botnya yang tidak mengizinkan.

Hal ini mengakibatkan pendapatan bulanannya berkurangan mendadak. Bimbang akan hal ini berlarutan, dia tampil memohon bantuan modal daripada MAIPk untuk membeli sebuah bot dan enjin bot yang baharu. Besar harapannya agar permohonannya diluluskan kerana hasil tangkapan ikan di laut merupakan sumber pendapatan utama buat mereka sekeluarga.

Syukur doanya dimakbulkan, MAIPk meluluskan permohonannya. Pada 11 Ogos 2022 yang lalu, Encik Mohamad Hafizi bin Mohamah Nor selaku Pegawai MAIPk yang bertugas telah menyampaikan bantuan modal peralatan kepada Encik Hashim. Bantuan tersebut berupa sebuah bot dan enjin jenis Mercury yang baharu berjumlah RM9,100. Diharapkan dengan bantuan ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung Encik Hashim sekeluarga serta dapat meningkatkan pendapatan bulanan mereka.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Dana zakat anda kali ini telah bertukar bentuk kepada sebuah bot dan enjin bot yang baharu buat Encik Hashim mencari sesuap rezeki buat keluarganya. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.