• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN PERUBATAN : TEDUHAN KASIH ADIK

Alleas bin Mushoru
Batu 45 Kg. Banjar, Ayer Tawar

MANJUNG - Encik Alleas tidak pernah berkahwin dan hidup sendirian di Titi Gantung meniti hari tuanya. Dia melakukan kerja kampung untuk menafkahi dirinya. Sakit pening semuanya ditanggung sendiri. Dia juga menghidap penyakit darah tinggi dan masalah jantung. Namun, bulan Februari yang lalu telah mengubah segalanya. Dia mengalami strok dan lumpuh sebelah badan. Bermula dari saat itu, dia tidak lagi dapat menguruskan dirinya.

Adiknya yang merupakan ibu tunggal kepada empat orang anak mengajaknya tinggal bersama-samanya di Kampung Banjar, Ayer Tawar. Adiknya serta anak-anak saudaranya itulah yang menjaga dan membantu menguruskan dirinya. Mujurlah kesemua anak saudaranya itu sudah bekerja.

Mereka bukan sahaja membantu menguruskan dirinya yang lumpuh, malah turut menyumbangkan lampin pakai buang dan bekalan susu khas setiap bulan kerana dia hanya minum susu kerana tidak dapat makan makanan pejal seperti biasa. Syukur Encik Alleas dikurniakan adik dan anak-anak saudara yang sudi menjaganya.

Kini Encik Alleas memohon bantuan peralatan perubatan daripada MAIPk untuk membeli katil perubatan mudah alih kerana katil sedia ada yang digunakannnya merupakan pinjaman sementara daripada sebuah NGO dan perlu dipulangkan setelah mendapat bantuan katil yang lain.

Alhamdulillah setelah melakukan kunjungan ke rumah adik Encik Alleas, MAIPk daerah Manjung bersetuju membantunya. Puan Noor Fatihah binti Jamaludin selaku wakil Pegawai MAIPk Daerah Manjung telah menyerahkan bantuan katil perubatan mudah alih bernilai RM1,690 kepada Encik Alleas.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.