• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL : KUIH FROZEN ZAINAB

Zainab binti Mat Sahad
Taman Meru Suria, Ipoh

IPOH - Puan Zainab berasal dari Kuala Kangsar. Sudah berumah tangga dan memiliki empat orang cahaya mata. Dia berniaga gerai makan sejak tahun 2017 lagi. Namun perniagaannya terpaksa ditutup pada tahun 2020 yang lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan semasa kes Covid-19 meningkat di seluruh negara. Puan Zainab mengambil keputusan berhijrah ke Ipoh dengan menyewa sebuah rumah di Taman Meru Suria dengan sewa bulanan sebanyak RM600.

Puan Zainab mempunyai empat orang anak. Anak sulungnya bekerja dengan sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran. Anak kedua dan ketiganya membantu perniagaannya. Mujur anak-anaknya sudah besar dan mahu membantunya membuat kuih. Jadi tidak perlu lagi Puan Zainab mengupah orang lain bekerja dengannya. Hanya anak bongsunya yang masih belajar di Tingkatan 6.

Purata pendapatan bulanan Puan Zainab ialah RM1200 sahaja. Dengan pendapatan itulah dia membayar sewa rumah, menampung perbelanjaan harian dan perbelanjaan persekolahan anak bongsunya. Setiap hari Puan Zainab gigih membuat kuih untuk menafkahi keluarganya.

Kini jualannya semakin dikenali dan mendapat tempahan yang berterusan daripada pelanggannya. Adakalanya mereka tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Memikirkan tempahan kuih frozennya yang semakin bertambah, Puan Zainab memohon bantuan modal peralatan perniagaan daripada MAIPk untuk memudahkan urusan perniagaannya serta dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti produk yang dihasilkan.

Hasil siasatan mendapati perniagaan Puan Zainab berpotensi untuk dimajukan dan patut dibantu. Pada 2 September 2022, Encik Mohd Fathuddin bin Md Rawi selaku Pegawai MAIPk Daerah Ipoh telah menyerahkan bantuan modal peralatan perniagaan kepada Puan Zainab. Bantuan modal tersebut berupa sebuah peti sejuk beku dan kuali multipurpose cooker. Semoga dengan bantuan ini dapat meningkatkan hasil jualan mereka. Kami juga mendoakan perniagaan kuih frozen Puan Zainab terus maju dan menjadikan Puan Zainab sebagai muzakki pula pada masa akan datang.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.