• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk Terima Zakat dan Wakaf Berjumlah 5.1 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2022 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Mahgfur-Lah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan dan wakaf berjumlah RM5,141,828.81 daripada tujuh syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Changkat Persekutuan, hari ini. 

Penyerahan itu didahului oleh Tenaga Nasional Berhad yang diwakili Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, Dato’ Sri Hasan bin Arifin dengan jumlah bayaran RM 3,213,092.39. Ia diikuti Bank Pembangunan Malaysia Berhad yang diwakili Ahli Jawatankuasa Syariah BPMB, Tuan Lokmanulhakim bin Hussain dengan jumlah zakat perniagaan RM507,550.00. 

Sementara itu, Maybank Islamic Berhad diwakili oleh Tuan Muhammad Ali Jinnah bin Ahmad, Ahli Jawatankuasa Syariah Maybank Islamic Berhad menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM498,652.45.Turut menunaikan zakat perniagaan adalah dari CIMB Islamic Berhad berjumlah RM350,000.00 yang diserahkan oleh Ketua Serantau, Sektor Awam, Kumpulan CIMB, Tuan Zainul bin Zain Hashim.

Selanjutnya, serahan zakat perniagaan daripada Agrobank berjumlah RM243,576.97 yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YM Tengku Ahmad Badli Shah bin Raja Hussin. Penyerahan zakat perniagaan bagi Telekom Malaysia Berhad diwakili oleh Pengurus Besar Telekom Malaysia Berhad, Tuan Haji Badrul Hisham bin Bahari berjumlah RM228,957.00.

Selain itu, pihak Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad memberi sumbangan Wakaf Tunai berjumlah RM100,000.00 yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Am Berhad, Tuan Mohamed Sabri bin Ramli.

Hadir sama dalam majlis berkenaan YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Dr. Mohd Zahidi Zainuddinm, YBhg. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Dato’ Seri Mohamad Othman bin Zainal Azim.  YABhg. Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd. Annuar bin Zaini, Anngota MAIPk, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Ansary bin Ahmed, YBhg. Dato’ Haji Mohd. Yusop bin Haji Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari.








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.