• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

ZIARAH ASNAF SERI ISKANDAR 2022

SERI ISKANDAR – 08 Disember 2022, Pogram Ziarah Asnaf diadakan oleh Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk). Program berkala ini diadakan di daerah-daerah dalam negeri Perak. Objektifnya adalah untuk menziarahi dan meninjau keadaan para asnaf penerima bantuan MAIPk dari masa ke masa.

Ziarah Asnaf kali ini diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan MAIPk, Pn. Hjh Wan Maizura Binti Hj Wan Zahari, dipandu oleh Pejabat MAIPk Daerah Seri Iskandar bersama 15 orang para pegawai dan krew lain dari Bahagian Agihan Zakat (BAZ) MAIPk.

Alhamdulillah pada program kali ini lima buah rumah sempat diziarahi di sekitar kawasan Belanja Kanan, Taman Sri Indah, Kg Chopin, dan Batu 4 Parit, Perak. Selain daripada bantuan yang telah dibekalkan MAIPk, pada program kali ini setiap rumah menerima beras Fidyah, saguhati tunai dan kotak barangan keperluan Squad Prihatin Asnaf.

MAIPk sentiasa pihatin dan proaktif dalam usaha menyantuni asnaf dari masa ke masa. Program ini juga disokong dengan siri Program Jejak Asnaf akan digiatkan ke setiap daerah di dalam negeri Perak. Besarlah harapan kami untuk membela nasib para asnaf dan memastikan agar tiada yang tercicir.

Terima kasih para muzakki negeri Perak kerana menyokong MAIPk dalam membantu mereka yang memerlukan. Teruskan istiqamah anda berzakat dengan MAIPk. Zakat secara dalam talian lebih mudah melalui FPX: https://ezakat.maiamp.gov.my
“Daripada anda, untuk mereka”






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.