• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • LAWATAN KERJA MAIPk KE LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK)

LAWATAN KERJA MAIPk KE LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK)

ALOR SETAR | 16.02.2023 | KHAMIS

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) mengadakan kunjungan dan lawatan kerja rasmi ke Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pengurusan zakat di negeri Perak.

Deligasi MAIPk diketuai Puan Wan Maizura Bt. Wan Zahari, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk bersama 9 orang pegawai telah menerima sambutan mesra daripada pihak LZNK yang diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato. Hj. Syeikh Zakaria Bin Othman dan para pegawai kanan LZNK.

Antara perkara yg dibincangkan adalah seperti berikut :
1. Skim2 Agihan Zakat LZNK;
2. Penolong Amil Kariah Masjid;
3. Pusat Agihan Makanan Fakir Miskin (Foodbank);
4. Aplikasi Zakat On Touch; dan
5. Projek Smart Sawah Berskala Besar Asnaf Zakat Kedah.

Pihak MAIPk turut dibawa melawat ke Pusat Dialisis LZNK & tapak projek Smart Sawah Berskala Besar di Yan, Kedah.

Semoga pelbagai ilmu, info dan maklumat yang diperolehi daripada lawatan kerja ini dapat membantu MAIPk dalam usaha menyebar luaskan manfaat dana agihan zakat kepada seluruh ummah di negeri Perak pula.

Jutaan terima kasih kepada LZNK atas perkongsian ilmu & layanan terbaik kpd pihak MAIPk.

Semoga terus berukhuwah demi kemaslahatan & kebajikan asnaf dan ummah di negeri Perak.







.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.