• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Graduan Kedoktoran Tajaan Dermasiswa Zakat MAIPk Catat Keputusan Cemerlang di Mesir

Graduan Kedoktoran Tajaan Dermasiswa Zakat MAIPk Catat Keputusan Cemerlang di Mesir

Kaherah 25 Feb Seorang mahasiswi tajaan dermasiswa zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Maryam binti Abu Bakar dinobatkan sebagai graduan cemerlang Ijazah Kedoktoran dalam majlis konvokesyen Program Malaysia Universiti Mansurah yang telah berlangsung secara gilang gemilang.

Atase Pendidikan Negeri Perak di Mesir, Munawir bin Mohamaed Noh memberitahu, Maryam adalah antara 55 graduan dari seluruh Malaysia yang menerima ijazah berkenaan di Dewan Konvokesyen Universiti Mansurah. Mereka menamatkan pengajian selama enam tahun setengah di Mesir dan kejayaan mereka disaksikan oleh pihak pengurusan pentadbiran tertinggi Universiti Mansurah, pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah di Mesir dan ibu bapa mereka yang datang dari Malaysia. Katanya menerusi kiriman email dari Madinat Nasr, Kaherah. Selain Maryam, seorang lagi mahasiswa dari negeri Perak yang turut menerima ijazah kedoktoran dalam majlis konvokesyen tersebut ialah iaitu Ikmal Hakim bin Abdul Rahman merupakan mahasiswa tajaan MARA.

Sementara itu Maryam yang ditemani oleh suami dan ibu bapanya sewaktu menerima ijazah berkenaan berkata, beliau bersyukur kepada Allah S.W.T. di atas kejayaan yang diperolehi dan berharap menjadi pendorong kepada rakan-rakan yang lain untuk lebih berjaya.Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu saya sehingga berjaya menamatkan pengajian dalam bidang kedoktoran di Mesir. Saya kongsikan perasaan gembira atas kejayaan ini khas buat suami, ibu bapa, keluarga, pensyarah di universiti, rakan-rakan dan tidak lupa buat penaja saya iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) yang telah menyalurkan dermasiswa zakat sepanjang tempoh pengajian saya di Mesir. Menurutnya juga dia kini menumpukan usaha untuk menyumbang bakti kepada masyarakat di tanah air.

Turut hadir dalam majlis konvokesyen tersebut ialah Profesor Sayed Ahmed Abdul Khalieq, Presiden Universiti Mansurah, Profesor Hasan Ali Etman, Timbalan Presiden, Profesor Madya Dr. Mohd. Radhi bin Ibrahim, Pengarah Education Malaysia Egypt, Profesor Ehab Mohamed Saad, Dekan Fakulti Perubatan, Profesor Nesrene S.Omar, Koordinator Pelajar Antarabangsa, serta Atase Pendidikan negeri seluruh Malaysia di Mesir.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.