• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

PROGRAM IHYA RAMADAN

IPOH - bersamaan 17 Ramadan 1444H, Program “Ihya Ramadan” telah diadakan di Rumah Pengasih Amanjaya pada 8 April 2023. Program yang danjurkan dengan tema "Mengubat Jiwa Menanam Tekad" ini telah dihadiri kira-kira 200 orang yang terdiri daripada penghuni dan ahli keluarga mereka yang dijemput hadir selain para pegawai MAIPk dan kakitangan Rumah Pengasih.

Objektif program yang diadakan adalah untuk mendekati serta sesi ramah mesra bersama penghuni Rumah Pengasih dan keluarga, dalam masa yang sama untuk memberi suntikan motivasi dan semangat kebersamaan dalam menuju perubahan yang lebih baik.

Selain majlis berbuka puasa, pelbagai pengisian yang bermanfaat telah disusun dalam program ini. Antaranya sesi tazkirah dan motivasi oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Munawir Bin Salehuldin, Ikon AADK Kinta, majlis bacaan Yasin, solat fardhu dan tarawih yang dipimpin oleh imam jemputan, moreh serta penyampaian “goodies” hari raya,

Kami di MAIPk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Rumah Pengasih Amanjaya, Ipoh atas kerjasama dalam menganjurkan program ini. Semoga aktiviti dakwah seperti ini dapat diadakan lagi dengan penglibatan lebih banyak badan-badan dan agensi lain pada masa akan datang.

Sudahkah anda menunaikan zakat fitrah? Cara mudah pembayaran melalui online FPX di https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton di Instagram dan facebook MAIPk
https://www.facebook.com/reel/923170972304774


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.