• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL : ENJIN KEHIDUPAN

Efarizan bin Abu Bakar
Kampung Tengah Trong

TAIPING - Encik Efarizan merupakan duda anak empat. Anak sulungnya sudah bekerja manakala dua orang lagi anaknya masih bersekolah di peringkat menengah. Encik Efarizan bekerja sebagai nelayan menangkoi, mengutip siput dan memancing. Pendapatan bulanannya sekitar RM1000. Mereka anak-beranak tinggal di rumah bantuan PPRT yang terletak di Kampung Tengah Trong.

Namun ujian hidup tidak berhenti menyapa. Enjin bot jenis Suzuki 15 kaki pendek miliknya rosak sudah hampir setahun. Hal ini menyukarkannya untuk turun ke laut seperti biasa. Bot dan enjin tersebut merupakan bantuan yang diberikan oleh MARDI pada tahun 2014. Untuk ke laut mencari rezeki dia terpaksa menumpang kawan-kawannya yang lain. Sejak itu, pendapatannya berkurangan mendadak.

Encik Efarizan sebak semasa menceritakan kesusahan yang dialaminya. Untuk membeli enjin bot yang baharu dia tidak berkemampuan kerana pendapatannya hanya cukup-cukup makan untuk membeli makanan dan keperluan sekolah anak-anaknya. Namun sejak enjin botnya rosak, mereka terpaksa ikat perut dan lebih berjimat cermat.

Untuk mengelakkan perkara ini berterusan, akhirnya Encik Efarizan memohon bantuan peralatan daripada MAIPk. Syukur MAIPk Daerah Taiping meluluskan permohonannya. Pegawai MAIPk menyampaikan bantuan modal peralatan kepada Encik Efarizan berupa enjin Suzuki 30 kuasa kuda yang bernilai RM9000.

Terima kasih para muzakki yang sentiasa menyokong MAIPk. Dana zakat daripada anda membantu Encik Efarizan kembali turun ke laut seperti biasa untuk mencari rezeki buat keluarganya. Semoga pendapatan mereka sekeluarga semakin bertambah. Untuk berzakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton di Instagram dan facebook MAIPk
https://www.facebook.com/reel/610284684312776

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.