• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

PENYUCIAN HARTA

Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW untuk mengambil zakat daripada harta umat Islam ketika itu kerana zakat membersihkan harta dan menyucikan jiwa mereka. Ditambah pula dengan doa Rasulullah SAW buat mereka yang berzakat, itulah yang menenangkan jiwa para sahabat RA. Hadis Nabi SAW ada menyebut, “Apabila datang orang kepada Rasulullah dengan zakat mereka, baginda berdoa, ‘Ya Allah! Rahmatilah mereka’. Maka telah datang ayah Abdullah bin Abi Aufa menghantar zakatnya kepada baginda SAW, lalu baginda berdoa, ‘Ya Allah! Rahmatilah ke atas keluarga Abi Aufa.’” (HR Muslim)

Begitulah kaedah yang Rasulullah SAW ajarkan kepada kita sehingga mereka yang berzakat merasa tenteram dengan doa-doa Nabi SAW. Kini tanggungjawab Rasulullah SAW itu dipikul oleh pemerintah yang menguruskan hal-hal agama Islam agar zakat ini terus dikutip daripada mereka yang telah memenuhi syarat-syarat wajibnya kerana zakat ini merupakan rukun Islam yang wajib ditunaikan.

Bahkan dengan amalan berzakat inilah Allah SWT menerima taubat sekalian hamba-Nya dan menghapuskan dosa-dosa mereka. Lebih daripada itu lagi, Allah SWT menyuburkan harta orang yang berzakat. Sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya Allah SWT menerima sedekah (zakat) dan menerimanya dengan tangan kanan-Nya (penerimaan yang baik), lalu Dia memeliharanya buat seseorang di antara kalian (yang mengeluarkannya) sebagaimana seseorang di antara kalian memelihara anak kudanya, sehingga sesuap makanan menjadi besar seperti Bukit Uhud.”

Firman Allah SWT, “Tidakkah mereka mengetahui bahawasanya Allah menerima taubat daripada sekalian hamba-Nya dan menerima zakat.”
(Surah at-Taubah ayat 104)

Ayuh tunaikan segera kewajipan zakat anda dengan Zakat Perak-MAIPk. Moga dengan ibadah zakat yang ditunaikan ini kita tergolong dalam kalangan hamba yang dihapuskan dosa serta disucikan harta dan jiwa oleh Allah SWT. Untuk berzakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.