• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

PROGRAM SEMINAR MOTIVASI USAHAWAN ASNAF MAIPk

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak telah mengadakan Program Seminar Motivasi dan Hala Tuju Usahawan Asnaf MAIPk. Program tersebut telah diadakan pada 12 dan 13 Mei 2023 yang lalu di Hotel Impiana, Ipoh. Program ini bertujuan meniupkan semangat dan memberikan hala tuju yang jelas kepada peserta agar mereka dapat mencipta kejayaan pada masa hadapan.

Dalam masa yang sama, ia memberikan peluang kepada peserta untuk membina rangkaian perhubungan sesama usahawan asnaf yang lain. Pengisian program kali ini padat dengan sesi taklimat daripada Bahagian Agihan Zakat, Taklimat Pembiayaan Perniagaan daripada Bank Islam, Taklimat Perlindungan Perniagaan daripada PERKESO, dan juga taklimat Percukaian Perniagaan daripada LHDN.

Pada sebelah malamnya, sesi perkongsian daripada figura Usahawan Muslim, Dato’ Sharifah Anisah binti Tan Sri Dato’ Profesor Syed Agil Barakbah. Banyak kata-kata semangat dan tips menarik yang dikongsikan beliau dalam sesi ini.

Pada keesokan harinya, program diteruskan lagi dengan sesi ceramah motivasi yang disampaikan oleh AF Ustaz Ahmad Munawir bin Salehudin. Program motivasi kali ini diakhiri dengan sesi Taklimat Zakat oleh Bahagian Pemasaran MAIPk sendiri.

Besar harapan kami agar semua peserta dapat mengambil manfaat daripada program dan perkongsian yang disampaikan selama dua hari itu. Semoga kejayaan menyusuli setiap langkah dan usaha mereka selepas ini.

Terima kasih kepada para muzakki. Teruskan sokongan anda agar kami sentiasa dapat membantu dan menyantuni para asnaf yang memerlukan. Teruskan membantu golongan asnaf ini agar mereka berjaya dan dapat berdiri di atas kaki mereka sendiri. Tunaikan segera zakat anda dengan Zakat Perak-MAIPk. Kini zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Facebook MAIPk
https://www.facebook.com/reel/1228139218089713


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.