• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL : MESIN JAHIT IBU

Umi Khalsum Binti Mat Rashdi
Kampung Masjid, Ijok

SELAMA - Puan Umi berusia 34 tahun. Dia mempunyai empat orang anak dan kesemuanya masih bersekolah. Mereka tinggal menyewa dengan bayaran sewa RM150 sebulan. Suaminya melakukan kerja kampung manakala Puan Umi mengambil tempahan baju dan menjahit dari rumah. Kini sudah masuk tahun ke-9 Puan Umi menerima tempahan baju. Hasil jahitannya kemas dan mendapat pujian pelanggannya. Purata pendapatannya sekitar RM350 sebulan.

Mesin jahit yang digunakan merupakan mesin lama yang diwarisi daripada ibunya sendiri. Kini mesin jahitan lurus dan mesin jahit tepi itu sering ‘meragam’ dan ini merupakan punca utama Puan Umi tidak dapat menerima tempahan yang banyak. Dia sentiasa mengehadkan tempahan baju yang diambil kerana bimbang mesin jahitnya tidak dapat berfungsi dengan baik dan tidak dapat menyiapkan tempahan mengikut jadual. Namun dia berhasrat menambah pendapatan keluarga melalui hasil jahitannya sendiri. Akhirnya dia menghubungi MAIPk untuk mendapatkan bantuan modal.

Syukur MAIPk Daerah Selama memberikan maklum balas positif. Melalui siasatan yang dijalankan, dilihat Puan Umi berkebolehan menjahit pelbagai jenis pakaian lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. Dia juga mempunyai lesen perniagaan daripada Majlis Daerah Selama. Bantuan modal untuk Puan Umi diluluskan kerana dilihat berpotensi untuk mengembangkan lagi perniagaannya serta boleh pergi lebih jauh. Bantuan tersebut berupa sebuah mesin jahit Okurma Overcut dan mesin jahit Okurma Overlock. Semoga dengan bantuan ini dapat menambahkan pendapatan bulanan mereka melalui bidang jahitan.

Terima kasih muzakki. Dana zakat anda kali ini merupakan modal permulaan bagi Puan Umi menambah pendapatan mereka sekeluarga melalui bidang jahitan. Semoga Puan Umi terus maju jaya. Teruskan menyokong kami dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Untuk berzakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di instagram
https://www.instagram.com/p/CtFwA3DtaOt/?hl=en

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.