• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Bantuan Bencana Ribut di Tanjung Piandang

Encik Basir bin Hashim menetap di 303A, Sungai Labu Atas, Tanjung Piadang, Perak bersama isteri dan anak-anak. Mangsa mempunyai empat (4) orang anak, kesemua anaknya masih bersekolah dan dua (2) daripadanya tinggal di asrama.

Pendapatan mangsa hanya RM 500.00 sebulan yang diperoleh dari kerja-kerja kampong seperti menebas parit. Manakala isterinya bekerja sebagai seorang pengawai keselamatan di Sekolah Kebangsaan Sungai Baru dengan pendapatan berjumlah RM 900.00 sebulan.

Mangsa dan keluarga telah menetap di kampung tersebut selama 5 tahun. Mangsa tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana pihak. Pihak Baitulmal dimaklumkan bahawa salah seorang anak mangsa menghidap sakit buah pinggan namun keadaan kesihatan anaknya semakin pulih.

   Kejadian ribut berlaku pada hari Isnin, 9 Februari 2015 kira-kira jam 12.40 tengah hari. Ketika kejadian mangsa tiada di rumah kerana keluar untuk mengambil anaknya di sekolah. Mangsa hanya mengetahui mengenai kejadian tersebut melalui jirannya yang memberitahu setelah beliau pulang. Sebaik mangsa tiba di rumah, mangsa mendapati bumbung rumahnya telah diterbangkan oleh rebut.

Menurut mangsa, kejadian ribut yang berlaku pada isnin yang lalu bukanlah yang pertama kali berlaku. Kerja-kerja pemasangan bumbung dilakukan pada hari yang sama dengan bantuan daripada orang kampung. Walau bagaimanapun, kerja-kerja pemasanagan bumbung rumah tidak dapat disiapkan pada hari yang sama dan disambung pada keesokan harinya. Laporan polis telah dibuat oleh mangsa mengenai kejadian yang telah berlaku.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak daerah Parit Buntar yang mewakili oleh Pegawai Baitulmal Daerah, Encik Mohamad Razif bin Mokhtar telah memberi sumbangan bantuan kecemasan kepada mangsa sebanyak RM200.00. Untuk membantu meringankan beban mangsa menyara persekolahan anaknya, pihak Baitumal membekalkan borang bantuan persekolahan tahun 2015 untuk tiga (3) orang anaknya yang masih bersekolah menengah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.