• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Program Singgah Ramadhan 1.0

IPOH, 9 Julai 2015 Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini, MAIPk telah mengambil pendekatan untuk menyantuni para asnaf melalui satu program yang dinamakan Program Singgah Ramadhan 1.0. Iainya bertujuan untuk meraikan masyarakat Islam yang memerlukan bantuan sebagai persediaan sepanjang menghadapi Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang tiba.

Program tersebut telah diadakan di Pusat Jagaan Spastik Ipoh yang terletak di Pasir Puteh, Ipoh. Sebagai makluman, pusat ini menempatkan 3 golongan yang utama iaitu kanak-kanak OKU (spastik), anak-anak yatim serta warga emas yang keseluruhannya berjumlah 100 orang.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak , Dr. Amiruddin bin Muhamed telah menyampaikan bantuan kepada semua penghuni pusat ini iaitu berupa sumbangan duit raya, hamper makanan dan juga beras.

Bagi memeriahkan lagi program tersebut, Kumpulan Motosikal Iktiraf Bikers dan MAIPk Bikers secara sukarela telah membantu sepanjang program tersebut berlangsung.



Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.