• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • SERUAN KEPADA UMAT ISLAM UNTUK MENDAFTARKAN HARTA WAKAF KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)

SERUAN KEPADA UMAT ISLAM UNTUK MENDAFTARKAN HARTA WAKAF KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)

Susulan isu Masjid Jamek Ar-Ridzuan di Alor Pongsu, Bagan Serai, yang sebahagian tanahnya telah dijual oleh waris, pihak MAIPk menyeru masyarakat Islam di negeri Perak mengambil iktibar dan segera mendaftarkan wakaf kepada MAIPk.

Mengambil maklum saranan YAB Menteri Besar Perak, merangkap Exco Agama Negeri Perak, MAIPk menyeru jawatankuasa masjid, surau, sekolah agama rakyat, dan jawatankuasa tanah perkuburan Islam memastikan supaya hartanah berkaitan disempurnakan proses pewakafan kepada MAIPk.

Pendaftaran wakaf kepada MAIPk merupakan kewajipan yang jelas di bawah Seksyen 7 Enakmen Wakaf (Perak) 2015, yang memperuntukkan bahawa setiap wakaf hendaklah didaftarkan dengan segera atas nama Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak dalam bentuk atau cara yang ditetapkan oleh MAIPk.

Selain itu, ia bertujuan mengelakkan sebarang tuntutan pihak ketiga ke atas tanah wakaf pada masa akan datang, seperti yang berlaku dalam isu ini.

MAIPk berharap masyarakat Islam di negeri Perak, terutamanya individu, pihak masjid, surau, sekolah agama rakyat, dan jawatankuasa tanah perkuburan, menyedari kepentingan mendaftarkan hartanah wakaf secara rasmi kepada MAIPk bagi mengelakkan kejadian serupa berulang pada masa hadapan.

Sebarang pertanyaan berkenaan pewakafan hartanah kepada MAIPk boleh diajukan ke talian Hotline Bahagian Wakaf, MAIPk: 019-4001094.

JOM BERWAKAF KEPADA MAIPk


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.