• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • PERBINCANGAN MEJA BULAT PEMBANGUNAN HARTANAH MAIPk 2025

PERBINCANGAN MEJA BULAT PEMBANGUNAN HARTANAH MAIPk 2025

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat Pembangunan Hartanah MAIPk 2025 yang berlangsung di Zenith Hotel, Kuantan pada 24 dan 25 September 2025.

Sesi perbincangan ini bertujuan mendapatkan input daripada penggiat industri pelbagai kepakaran, berkongsi pengalaman agensi wakaf yang mempunyai model terbaik dalam pengurusan pembangunan hartanah wakaf, serta meneroka ruang kolaborasi strategik bagi meningkatkan kecekapan tadbir urus wakaf dan baitulmal di negeri Perak.

Tiga fokus utama perbincangan ialah:
1. Perancangan pembangunan dan model perniagaan;
2. Instrumen kewangan bagi projek pembangunan; dan
3. Aspek perundangan.

MAIPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jemputan yang hadir dan berkongsi pandangan bernas antaranya:
1. Prof. Madya Dr. Mohamed Fairooz bin Abdul Khir, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak;
2. Wakaf Pulau Pinang (MAINPP);
3. Perbadanan Wakaf Selangor (PWS);
4. PLANMalaysia Negeri Perak;
5. Panel Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB);
6. Syarikat Rahim & Co. International Sdn. Bhd.;
7. Firma ASWA Advisory;
8. Firma Kamaruzaman Arif & Sofiah; dan
9. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (PSB).

Hasil cadangan dan dapatan daripada sesi ini akan dijadikan panduan penting dalam memperkukuh strategi serta memperkemas aspek pembangunan hartanah MAIPk.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.