MAIPk TURUN PADANG SANTUNI MANGSA BANJIR DI MATANG DAN KAMPUNG JAHA
TAIPING, 24 Oktober 2025- Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) hari ini turun padang menyantuni mangsa banjir di sekitar Matang dan Kampung Jaha yang terjejas akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
Kehadiran wakil MAIPk bersama-sama agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertujuan meninjau keadaan sebenar di lapangan serta menyalurkan bantuan segera kepada mangsa yang terlibat. Dalam lawatan tersebut, MAIPk turut menghulurkan bantuan tunai segera kepada keluarga yang terjejas bagi meringankan beban yang ditanggung.
Lawatan ini turut memberi ruang kepada MAIPk untuk mengenal pasti keperluan pasca banjir di lokasi berkenaan termasuk bantuan pemulihan kediaman dan prasarana komuniti yang terjejas.
Lawatan ini turut memberi ruang kepada MAIPk untuk mengenal pasti keperluan pasca banjir di lokasi berkenaan termasuk bantuan pemulihan kediaman dan prasarana komuniti yang terjejas.
MAIPk komited untuk terus mendekati masyarakat yang memerlukan serta memastikan kebajikan mangsa bencana di seluruh negeri Perak mendapat perhatian sewajarnya.
Video : Santuni Mangsa Banjir
Video : Santuni Mangsa Banjir






