• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk SALUR BANTUAN BINA RUMAH BERJUMLAH RM162,600.00 DI KUALA KANGSAR

MAIPk SALUR BANTUAN BINA RUMAH BERJUMLAH RM162,600.00 DI KUALA KANGSAR

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Kuala Kangsar terus komited dalam membantu golongan asnaf memiliki kediaman yang selesa dan selamat. Terbaharu, sebanyak dua (2) buah kediaman baharu telah disiapkan dan diserahkan kepada penerima dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM162,600.00.

Setiap rumah dibina dengan kos RM74,800.00 manakala selebihnya merupakan kos tambahan bagi kerja-kerja penyediaan tapak, sambungan utiliti serta kemudahan asas bagi memastikan keselesaan penghuni.

Penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Barat, Zul-Azri bin Hosaini, yang turut berpeluang menyantuni dan meninjau keadaan rumah baharu penerima.

MAIPk komited untuk terus memperkasa kesejahteraan hidup golongan asnaf melalui pelaksanaan pelbagai bentuk bantuan berimpak tinggi.

Inisiatif ini bukan sahaja memberi tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat kepada penerima, malah mencerminkan keprihatinan MAIPk dalam memastikan hasil kutipan zakat dimanfaatkan secara optimum untuk pembangunan ummah di negeri Perak.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.