• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • INISIATIF WAPAR PERKASA DAKWAH PEDALAMAN, BOT WAKAF DISERAHKAN KEPADA MUBARAK GERIK

INISIATIF WAPAR PERKASA DAKWAH PEDALAMAN, BOT WAKAF DISERAHKAN KEPADA MUBARAK GERIK

GERIK, 10 November 2025- Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Program Wakaf Perak Al Ridzuan (WAPAR) terus memperkukuh peranan wakaf sebagai pemangkin dakwah dan pembangunan komuniti. Terbaharu, sebuah bot wakaf diserahkan kepada Kelab Kebajikan Dakwah Mubaligh dan Penggerak Masyarakat Orang Asli (MUBARAK, Gerik) bagi menyokong usaha dakwah dan kebajikan di kawasan pedalaman.

Majlis penyerahan yang berlangsung di Jeti Pengkalan Trojan, Gerik disempurnakan oleh Pengurus Besar Bahagian Wakaf MAIPk, Norfazilah binti Bawadi, dengan kehadiran wakil daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Kelab MUBARAK, Gerik. Turut hadir Pegawai Tadbir Agama Daerah Gerik, Tuan Haji Joshuade Reza bin Mohd Zaini, dan Penyelaras Penggerak Masyarakat Orang Asli merangkap Pengerusi Kelab MUBARAK Gerik, Tuan Haji Zahari bin Wateh.

Bot wakaf yang dibina oleh UniKL MIMET, Lumut dengan kos RM160,876.20 ini berperanan membantu mubaligh dan komuniti luar bandar menjalankan aktiviti dakwah. Inisiatif ini turut menyokong hasrat WAPAR memperkasa kesejahteraan sosial umat Islam melalui manfaat aset wakaf.

MAIPk komited memastikan setiap aset wakaf dapat dioptimumkan demi manfaat ummah di Negeri Perak. Langkah ini bukan sahaja memperkasa peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan holistik, malah memperlihatkan semangat keprihatinan MAIPk terhadap masyarakat pedalaman dan muallaf di Negeri Perak.

VIDEO : INISIATIF WAPAR PERKASA DAKWAH PEDALAMAN, BOT WAKAF DISERAHKAN KEPADA MUBARAK GERIK



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.