KUNJUNGAN HORMAT KOLEJ POLY-TECH MARA SDN. BHD. KE MAIPk
IPOH, 20 November 2025 – MAIPk diwakili Ketua Pegawai Operasi, Wan Maizura binti Wan Zahari menerima kunjungan hormat daripada Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) yang diketuai oleh Datuk Haji Mohd Haswandi bin Ahmad.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama pembinaan asrama pelajar serta memperluas pelaksanaan program agihan zakat.
Semoga jalinan kerjasama ini memberi manfaat kepada ummah, khususnya dalam memartabatkan pendidikan pelajar di Negeri Perak.












