BANTUAN PERUBATAN RINGANKAN BEBAN PESAKIT
MAIPk Cawangan Taiping diwakili oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Utara, Mohd Saufi bin Ibrahim telah turun padang menziarahi dan menyerahkan bantuan berupa lampin pakai buang dan wang tunai bagi meringankan beban serta kesukaran penjaga menguruskan ahli keluarga yang sakit.
Zahara binti Mohamad, penerima bantuan bulanan berjumlah RM600.00, mengalami kemalangan jalan raya yang mengakibatkan beliau terlantar serta tidak mampu mengurus diri menerima bantuan lampin pakai buang untuk tempoh 6 bulan.
Bantuan selanjutnya turut diberikan kepada Muhammad Noor Syawal bin Shamsuddin yang juga penerima bantuan bulanan berjumlah RM400.00, beliau cacat penglihatan, menghidap masalah usus serta perlu mengunakan tiub khas untuk makan.












