MAIPk GERIK HULUR BANTUAN PERUBATAN KEPADA ASNAF
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Gerik yang diwakili oleh Pengurus MAIPk Cawangan Gerik, Encik Shamsul Anuar bin Zakaria telah menyerahkan Bantuan Perubatan melibatkan jumlah keseluruhan dana zakat sebanyak RM33,888.00.
Bantuan yang disalurkan merangkumi keperluan perubatan asas dan sokongan penjagaan seperti katil pesakit, kerusi roda, tilam angin, susu khas, lampin pakai buang, alatan tiub serta peralatan cucian.
Inisiatif ini diharap mampu meringankan beban kewangan penerima serta memastikan keperluan rawatan dan penjagaan kesihatan mereka dapat dipenuhi secara berterusan.












