PERKEMBANGAN TERKINI PROJEK WAKAF DOBI LAYAN DIRI
Alhamdulillah, Projek Wakaf Dobi Layan Diri di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh kini telah mencapai 75% kemajuan setakat 11 hingga 26 Disember 2025.
Kerja-kerja pemasangan bumbung ruang menunggu pelanggan, mesin basuh, mesin pengering serta sistem elektrik dan perpaipan sedang giat dilaksanakan. Projek ini diharap dapat memberi manfaat berterusan kepada jemaah dan masyarakat setempat melalui konsep wakaf produktif.
Imbas kod QR sekarang atau klik pautan https://wakafperak.maiamp.gov.my/ sekarang dan bersama-sama kita menyumbang sebagai saham akhirat yang berkekalan.








