MAIPk BANTU NELAYAN TAMBAH PENDAPATAN
PANTAI REMIS, 7 Januari 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menyampaikan bantuan berupa sebuah enjin bot berkuasa 30 kuasa kuda bernilai RM9,200.00 kepada seorang nelayan, Zamri bin Hanafi, dari Kampung Permatang Raja, Pantai Remis.
Zamri, 43 tahun, merupakan nelayan tulen yang menjalankan aktiviti menangkap ikan di sekitar Jeti Permatang Laut dan menjadikan pekerjaan tersebut sebagai sumber pendapatan utama bagi menyara keluarga. Beliau turut memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa yang tinggal bersama serta seorang adik orang kurang upaya (OKU).
Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Utara, Mohd. Saufi bin Ibrahim. Diharapkan bantuan ini dapat meningkatkan keupayaan operasi menangkap ikan, seterusnya menambah pendapatan pemohon serta meringankan beban kehidupan seharian keluarga yang ditanggung.








