• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk ANJUR MAJLIS BICARA EKSEKUTIF DAN SALAM TAHUN BAHARU 2026

MAIPk ANJUR MAJLIS BICARA EKSEKUTIF DAN SALAM TAHUN BAHARU 2026

IPOH, 8 Januari 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Majlis Bicara Eksekutif dan Salam Tahun Baharu 2026 yang menampilkan amanat oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, sebagai pembuka tirai tahun baharu bagi memperkukuh hala tuju strategik organisasi.

Dalam amanat tersebut, beliau menekankan kepentingan iltizam, kesepaduan serta budaya kerja berimpak tinggi dalam kalangan warga MAIPk bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan perkhidmatan dan tadbir urus institusi yang mampan selaras dengan aspirasi serta keperluan semasa.

Majlis ini turut diserikan dengan Executive Talk oleh Hj. Roslan bin Mohamad @ Pakcik Lan, Perunding Motivasi, yang berkongsi pengalaman dan pandangan berkaitan pembinaan Budaya Kerja Ihsan sebagai teras dalam memperkukuh nilai integriti, empati, amanah serta kualiti perkhidmatan dalam kalangan warga kerja MAIPk.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.