• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAJLIS TAMAT LATIHAN PESERTA TVET PENYELAMAN KOMERSIAL: BUKTI KEMAHUAN BUKAN HALANGAN KEJAYAAN

MAJLIS TAMAT LATIHAN PESERTA TVET PENYELAMAN KOMERSIAL: BUKTI KEMAHUAN BUKAN HALANGAN KEJAYAAN

IPOH, 12 Januari 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama VETA Kolej telah menganjurkan Majlis Tamat Latihan Peserta TVET MAIPk bagi Kursus Penyelaman Komersial bertempat di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh.

Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh dalam meraikan kejayaan 14 orang peserta asnaf yang telah berjaya menamatkan kursus penyelaman komersial dilaksanakan pada Disember 2025. Turut hadir adalah Pengarah Urusan Vocational Training Academy Sdn Bhd, Puan Hajah Roszida binti Haji Othman dan Pengarah Teknikal Divestuff International Sdn Bhd, Tuan Mohamed Syamsul Bahari bin Mohamed Rashid.

Program latihan berimpak tinggi ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM315,000.00 merangkumi yuran latihan, penginapan dan makan minum, elaun bulanan serta elaun permulaan kerja.

Dalam majlis yang sama, para peserta turut menerima surat tawaran pekerjaan daripada Divestuff International Sdn. Bhd. Kesemua peserta akan memulakan kerjaya sebagai tender dengan gaji permulaan RM2,500.00 bagi tempoh satu bulan sebelum dinaik taraf sebagai penyelam profesional, dengan anggaran pendapatan bulanan antara RM4,000.00 hingga RM6,000.00

Pelaksanaan program TVET ini mencerminkan komitmen berterusan MAIPk dalam memperkasa golongan asnaf melalui pembangunan kemahiran, latihan profesional dan penempatan kerjaya yang terjamin, sekali gus mengurangkan risiko kemiskinan jangka panjang serta meningkatkan taraf sosioekonomi peserta.

Inisiatif ini membuktikan bahawa melalui pendekatan TVET yang berstruktur dan berfokus kepada keperluan industri, kemahuan dan kesungguhan mampu mengatasi kekangan latar belakang, seterusnya membuka ruang kepada pembinaan kerjaya dan masa depan yang lebih mampan.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.