• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • PROGRAM ZIARAH MAHABBAH MAIPk BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI TEBANG

PROGRAM ZIARAH MAHABBAH MAIPk BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI TEBANG

GERIK, 24 JANUARI 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui kerjasama Zakat Perak Al-Ridzuan dan MUBARAK Gerik telah melaksanakan Program Ziarah Mahabbah dan Bantuan Kotak Makanan serta Beras Fidyah di Perkampungan Orang Asli Tebang, Gerik. Program ini bertujuan menyantuni komuniti Orang Asli serta menyalurkan bantuan keperluan asas kepada golongan yang memerlukan.

Sebanyak 30 kotak makanan berserta beras fidyah telah diserahkan kepada penerima sebagai usaha meringankan beban kos sara hidup harian. Penyerahan bantuan disempurnakan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Timur, Zul-Azri bin Hosaini, yang turut berkesempatan berinteraksi secara dekat dengan komuniti setempat bagi memahami keperluan serta cabaran yang dihadapi.

Turut hadir mewakili MUBARAK Gerik ialah Muhammad Sayuti bin Mohd Shaiful Bahari. Program ini mencerminkan komitmen berterusan MAIPk dan rakan strategik dalam memastikan agihan zakat dan fidyah dilaksanakan secara beramanah, menyeluruh dan menyantuni golongan asnaf serta komuniti pedalaman di Negeri Perak.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.