๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐ง๐๐ ๐จ ๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐ญ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
IPOH, 29 Januari 2026 โ Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 1/2026 kali ini berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Majlis Agama Islam dan โAdat Melayu Perak (MAIPk) di wakili oleh Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Encik Suhaimi bin Yusoff dan Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Encik Mohammed Tasyreef bin Mohamd Tarmizi hadir menyantuni para pelanggan serta mendengar sendiri pandangan dan maklum balas yang dikongsikan.
MAIPk mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menjadi mata dan telinga masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan golongan asnaf yang memerlukan bantuan. MAIPk juga komited dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan wakaf serta menggalakkan masyarakat untuk bersama-sama menghidupkan amalan berwakaf demi kebaikan dan manfaat bersama.
Semoga dengan keprihatinan dan sokongan semua pihak, tiada yang terpinggir daripada menerima bantuan yang sewajarnya, dan potensi wakaf dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan ummah.












