• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • PERSIDANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (MAJLIS) KALI KE-235 BILANGAN 1/2026

PERSIDANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (MAJLIS) KALI KE-235 BILANGAN 1/2026

IPOH, 13 Mac 2026- Persidangan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAJLIS) Kali Ke-235 Bilangan 1/2026 yang berlangsung pada 13 Mac 2026 telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini.

Hadir sama, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YBhg. SS Dato’ Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak; serta Anggota MAJLIS yang dilantik bagi penggal 2026–2027.

Persidangan memaklumkan bahawa Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) merekodkan kutipan zakat sebanyak RM272.07 juta bagi tahun 2025, meningkat berbanding RM252.12 juta pada tahun 2024.

Melalui dana zakat tersebut, MAIPk telah menyalurkan pelbagai bantuan kepada golongan asnaf termasuk Bantuan Kewangan Bulanan kepada 14,576 penerima, bantuan Hemodialisis berjumlah RM16.44 juta, bantuan perubatan RM7.18 juta, serta Bantuan Bina Rumah berjumlah RM7.53 juta kepada 88 penerima.

Selain itu, bantuan pendidikan sebanyak RM27.28 juta telah memberi manfaat kepada 41,905 pelajar di Negeri Perak.

Dalam usaha memperkukuh penyampaian bantuan zakat, MAIPk turut memperkenalkan inisiatif pelantikan Amil Agihan yang akan dimulakan secara projek rintis selama enam bulan melibatkan 22 orang amil di seluruh Negeri Perak.

Persidangan ini turut dimaklumkan mengenai pelantikan baharu Anggota Jawatankuasa Kariah dan Jawatankuasa Pentadbiran Masjid serta Surau Diri Jumaat Negeri Perak bagi sesi 2026–2029 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026 hingga 30 Jun 2029.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.