KUNJUNGAN HORMAT IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN PERAK
IPOH, 16 April 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh telah menerima kunjungan hormat daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.
Delegasi tersebut diketuai oleh Ketua Cawangan Khas Perak, SAC Ahmad Asmadi bin Abd Hashim, bersama Pegawai Cawangan Khas Perak, SUPT Haji Azmi bin Mat Isa.
Pertemuan ini turut menjadi platform perkongsian pandangan dalam usaha memperkasa peranan institusi dalam memastikan kesejahteraan masyarakat terus dipelihara.








