SEMINAR PENGENDALIAN KES SEWAAN MAIPk PERKUKUH ASPEK PERUNDANGAN HARTANAH
IPOH, 20 APRIL 2026 – Bahagian Undang-Undang (BUU) Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak telah menganjurkan Seminar Pengendalian Kes Sewaan Bersama Panel Peguam MAIPk melibatkan panel peguam MAIPk iaitu Cik Siti Aisiah binti Azit dan Cik Nurul Farzana binti Rus Bakarruraini daripada Tetuan Tawfeek Badjenid & Partners, pekhidmat MAIPk daripada Bahagian Wakaf, Bahagian Baitulmal serta MAIPk Cawangan.
Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pekhidmat MAIPk yang mengendalikan urusan sewaan berkaitan aspek perundangan. Seminar ini juga bertujuan menjadi platform perkongsian pengalaman dan pandangan daripada pengamal undang-undang bagi memperkukuhkan pengurusan kes penyewa ingkar yang melibatkan hartanah milik MAIPk.








