KUNJUNGAN HORMAT MYFUNDACTION KE MAIPk
IPOH, 21 APRIL 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menerima kunjungan hormat daripada MyFundAction.
Kunjungan ini menjadi platform perbincangan strategik berkaitan potensi kerjasama dalam pelaksanaan program pembangunan komuniti, aktiviti kerohanian serta inisiatif kebajikan khususnya di masjid-masjid terpilih di Negeri Perak.
MAIPk diwakili oleh Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat, Encik Rohizan bin Omar, manakala MyFundAction diwakili oleh Pengurus Projek Qurban Care for Ummah, Encik Mohd Effuan Aswadi bin Abdul Wahab.








