• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk LULUSKAN RM26,000 BANTU PESAKIT TERLANTAR DI KERIAN

MAIPk LULUSKAN RM26,000 BANTU PESAKIT TERLANTAR DI KERIAN

21 APRIL 2026, PARIT BUNTAR – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah meluluskan bantuan berjumlah RM26,000 bagi membantu dua (2) pesakit terlantar di daerah Kerian. Kelulusan tersebut diumumkan oleh Toh Maharaja Indera Dato’ Dr. Haji Khairil Anuar bin Arshad, Orang Besar Jajahan Kerian merangkap Pengerusi Jawatankuasa Baitulmal Daerah Kerian (JKBD) ketika menziarahi kedua-dua pesakit di sekitar Parit Buntar dan Bagan Serai hari ini. Bantuan berkenaan telah diputuskan dalam Mesyuarat JKBD yang bersidang sebelum ini.

Dua pesakit terbabit, Muhammad Aiman Haikal bin Mazlan (18) dari Taman Berlian, Parit Buntar dan Mohamad Farid Esmed bin Mat Nayan (37) dari Parit Haji Ismail 3, Bagan Serai, menghidap penyakit saraf yang menyebabkan mereka tidak berupaya bergerak serta bergantung kepada susu khas bagi kelangsungan hidup.

Selain keperluan pemakanan khusus, pesakit juga memerlukan peralatan sokongan seperti tilam dan katil khas. Mereka turut memerlukan lampin pakai buang serta beg khas bagi pengurusan keperluan harian, yang melibatkan kos pembekalan yang tinggi.

Turut hadir, Pengurus Besar MAIPk Zon Utara, Mohd Saufi bin Ibrahim yang menegaskan komitmen MAIPk dalam membantu golongan asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan, khususnya pesakit yang memerlukan sokongan perubatan berterusan sepanjang hayat. Menurut beliau, bantuan yang disalurkan diharap dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pesakit serta keluarga.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.