• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk HULUR BANTUAN PERUBATAN KEPADA PESAKIT STROK

SUNGAI SIPUT – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) terus memainkan peranan dalam membantu golongan asnaf yang memerlukan melalui Skim Bantuan Perubatan. Seorang penerima, Encik Ahmad Jalalluddin bin Mohd Lani, 41, yang menetap di Felda Lasah telah menerima bantuan perubatan selepas mengalami serangan strok pada Februari 2026 yang menyebabkan beliau kini terlantar dan memerlukan penjagaan sepenuhnya.

Encik Ahmad Jalalluddin merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya fizikal, menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis serta perlu mengambil suntikan insulin. Beliau sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan dan kini dijaga oleh isterinya yang merupakan suri rumah.

Bagi membantu keperluan kesihatan harian Encik Ahmad Jalalluddin, MAIPk telah meluluskan bantuan berupa 11 karton lampin pakai buang serta 162 tin susu Glucerna Vanila dengan jumlah keseluruhan kos sebanyak RM15,832.00 untuk pembekalan selama 6 bulan.

Penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Timur, Encik Zul-Azri bin Hosaini. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban kewangan keluarga Encik Ahmad Jalalluddin serta memastikan keperluan perubatannya terus terjaga dengan baik dan dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.