• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk REALISASIKAN IMPIAN ASNAF MILIKI RUMAH SEMPURNA

MAIPk REALISASIKAN IMPIAN ASNAF MILIKI RUMAH SEMPURNA

SERI ISKANDAR – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Seri Iskandar terus komited dalam memperkasa kebajikan golongan asnaf melalui pelaksanaan Bantuan Bina Rumah bagi menyediakan kediaman yang lebih selesa dan selamat.

Dalam usaha tersebut, MAIPk telah meluluskan pembinaan dua buah rumah baharu dengan kos sebanyak RM169,500.00 kepada dua penerima iaitu Puan Jamaayah binti Sabran yang menetap di Kampung Kuchai, Lambor Kiri serta Puan Siti Fatinah binti Manaf di Kampung Nyiur, Tanjong Belanja. Majlis penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Pengurus Cawangan MAIPk Seri Iskandar, Encik Ahmad Fadzil bin Mustaffa.

MAIPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pembayar zakat atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. MAIPk sentiasa komited memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam memastikan kebajikan asnaf sentiasa terbela.


 
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.