MAIPk SALUR BANTUAN PERUBATAN RINGANKAN BEBAN ASNAF
SUNGAI SIPUT – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) terus komited dalam menyantuni golongan asnaf melalui Skim Bantuan Perubatan bagi membantu meringankan beban kos rawatan dan keperluan harian pesakit.
Seorang penerima iaitu Puan Soluma binti Pandak, 62, yang menetap di Kampung Hussin, Jalong Tinggi telah menerima Bantuan Perubatan MAIPk susulan masalah kesihatan yang dihidapi. Beliau menghidap jangkitan paru-paru, kegagalan jantung, kencing manis serta darah tinggi yang menyebabkan pergerakan harian menjadi terbatas akibat bengkak pada kaki.
Bagi meringankan beban tersebut, MAIPk telah meluluskan sebanyak RM5,064.00 untuk menyalurkan bantuan berupa sebuah katil hospital, 12 karton lampin pakai buang serta sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakan pemohon di rumah dan urusan mendapatkan rawatan di Hospital Ipoh.
Penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Timur, Encik Zul-Azri bin Hosaini. Semoga Puan Soluma diangkat segala kesakitan, diberi kekuatan dan dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT.










