• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • PENGURUSAN WASIAT JADI FOKUS PERBINCANGAN MAIPk DAN MAIS

PENGURUSAN WASIAT JADI FOKUS PERBINCANGAN MAIPk DAN MAIS

SHAH ALAM, 5 Mei 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak telah mengadakan sesi perbincangan strategik bersama Majlis Agama Islam Selangor melibatkan pengurusan wasiat dan pentadbiran Baitulmal.

Pertemuan tersebut diketuai oleh Pengurus Besar Bahagian Baitulmal, Tuan Haji Ahamad Muzammil bin Arbain dan disambut oleh Pengarah Baitulmal MAIS, Tuan Haji Indera Shahril bin Mohd Shahid, bersama barisan pegawai Sektor Baitulmal MAIS.

Perbincangan ini memfokuskan aspek pengurusan wasiat yang melibatkan Bahagian Baitulmal, khususnya dalam usaha memperkemas tatacara pentadbiran, memastikan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

Melalui sesi perkongsian ini, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan dan pengalaman berkaitan amalan terbaik pengurusan wasiat bagi mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat secara lebih sistematik, telus dan berkesan.


 
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.