• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk SALUR BANTUAN PERUBATAN KEPADA PESAKIT TERLANTAR

MAIPk SALUR BANTUAN PERUBATAN KEPADA PESAKIT TERLANTAR

KG GAJAH – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak terus memainkan peranan membantu golongan asnaf yang memerlukan menerusi Skim Bantuan Perubatan.

Seorang penerima bantuan Encik Ismail bin Tom, 78 tahun dari Kampung Setia, kini terlantar akibat penyakit jantung dan darah tinggi yang dihidapinya. Keadaan kesihatannya yang semakin uzur menyebabkan beliau memerlukan penggunaan lampin pakai buang bagi kegunaan harian.

Prihatin terhadap kesulitan yang dihadapi oleh Encik Ismail, MAIPk telah meluluskan bantuan lampin pakai buang bagi tempoh enam bulan berjumlah RM1,995.00. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus MAIPk Cawangan Kampung Gajah, Muhamad Amir Amirul bin Ismail.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban kewangan keluarga Encik Ismail dan memastikan keperluan perubatannya terus terjaga dengan baik serta dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.