KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MAIPk TERIMA KUNJUNGAN HORMAT UMMET VAKFI
IPOH, 12 Mei 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Ummet Vakfi di Kompleks Islam Darul Ridzuan.
Perbincangan tersebut memberi fokus kepada usaha memperkukuh kerjasama kemanusiaan antarabangsa khususnya melibatkan pembangunan dan bantuan di Palestin merangkumi Al-Quds, Gaza dan Tebing Barat selain Syria serta Sudan.
Semoga pertemuan ini menjadi platform memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam memperluas manfaat kemanusiaan demi kesejahteraan ummah di peringkat global.










