• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk SALUR BANTUAN MODAL BERJUMLAH RM41,700 BANTU TIGA ASNAF JANA PENDAPATAN

MAIPk SALUR BANTUAN MODAL BERJUMLAH RM41,700 BANTU TIGA ASNAF JANA PENDAPATAN

KUALA KANGSAR – Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) terus komited memperkasa ekonomi asnaf melalui penyaluran Skim Bantuan Modal berjumlah RM41,700.00 kepada tiga orang penerima bagi membantu mereka menjana pendapatan dalam sektor perikanan darat.

Setiap penerima menerima bantuan berbentuk sebuah bot berukuran 14 kaki berserta enjin Yamaha 15HP (2S). Tiga penerima bantuan tersebut ialah Encik Mior Shahriman bin Mior Narun, Kampung Tahan, Sauk, Encik Ahmad Yusri bin Ibrahim, Kampung Senggang, Kuala Kangsar dan Muhammad Muzaffar bin Mohd Nazir dari Kampung Ulu Piol, Manong.

Penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Toh Maharaja Indera Dato' Dr. Haji Khairil Anuar bin Arshad, Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Baitulmal Daerah Kuala Kangsar bersama Pengurus Besar MAIPk Zon Timur, Encik Zul-Azri bin Hosaini.

MAIPk berharap bantuan yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima, seterusnya membantu meningkatkan taraf hidup keluarga dan berupaya keluar daripada kelompok asnaf pada masa hadapan.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.