• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk PERKASA USAHAWAN ASNAF MELALUI PROGRAM RISE & EARN 2026

MAIPk PERKASA USAHAWAN ASNAF MELALUI PROGRAM RISE & EARN 2026

TAIPING, 12 Julai 2026 - Seramai 70 usahawan yang telah dibangunkan oleh MAIPk menyertai Program Lonjakan Ilmu dan Pendapatan Usahawan MAIPk 2026 yang berlangsung selama 4 hari 3 malam, bermula 09 hingga 12 Jun 2026 bertempat di Hotel Seri Warisan Taiping, sebagai platform memperkukuh pengetahuan, meningkatkan hasil perniagaan serta menstabilkan pendapatan dalam menghadapi cabaran ekonomi dan landskap perniagaan digital masa kini.

“Rise & Earn” bukan sekadar tema, tetapi satu komitmen untuk membina usahawan asnaf yang lebih berdaya saing, berilmu dan berpendapatan mampan. Program ini menghimpunkan 5 elemen utama dalam satu kursus komprehensif, merangkumi:

✅ Ilmu Keusahawanan
✅ Ilmu Pengurusan Kewangan
✅ Ilmu Pemasaran Moden
✅ Ilmu AI & Kandungan Digital (Content Digital)
✅ Ilmu Penampilan dan Imej

Selain pengisian berkaitan keusahawanan, peserta turut diisi dengan Sesi Inspirasi Kerohanian dan Kehambaan kepada Allah SWT yang disampaikan oleh Encik Rohizan bin Hj Omar, Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat MAIPk, sebagai peringatan bahawa kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui keuntungan, malah turut dipandu dengan nilai keimanan, integriti dan tawakal kepada Allah SWT.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Encik Amirudin bin Osman, Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf MAIPk, yang turut menyampaikan amanat agar para peserta terus mengaplikasikan ilmu yang diperoleh demi memperkasa perniagaan dan meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga.

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai usahawan asnaf yang berjaya, berdaya saing, berfikiran progresif serta mampu menjana pendapatan yang lebih mampan, selari dengan aspirasi MAIPk dalam memperkasakan ekonomi ummah.

🌟 Bersama Melonjak Kejayaan, Memacu Masa Depan!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.