Mulakan Kerjaya Dalam Bidang Kesihatan - Mohon Sebelum 28 Julai 2026
Impian membina kerjaya dalam bidang kesihatan kini lebih dekat!
Bagi memberi peluang kepada lebih ramai calon yang layak, tarikh permohonan Program Latihan Pembantu Kesihatan Profesional tajaan MAIPk dilanjutkan sehingga 28 Julai 2026.
Jangan lepaskan peluang mengikuti latihan profesional secara PERCUMA 100% tajaan MAIPk bersama UCSI Hospital dan UCSI University, sekali gus membuka laluan ke arah kerjaya yang stabil dan berpotensi dalam sektor kesihatan.
Antara kelebihan program:
Jika anda atau ahli keluarga berumur 18 hingga 35 tahun serta memenuhi syarat kelayakan, inilah peluang terbaik untuk memulakan langkah ke arah masa depan yang lebih cerah.
Imbas kod QR pada poster atau hubungi WhatsApp 010-332 0775 untuk maklumat lanjut dan permohonan.
Mohon jasa baik semua untuk kongsikan posting ini agar lebih ramai anak-anak Perak yang layak, khususnya golongan asnaf, dapat memanfaatkan peluang latihan dan kerjaya yang disediakan.








