• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk SANTUNI PESAKIT KANSER DAN STROK, SALUR BANTUAN RM17,130.00

MAIPk SANTUNI PESAKIT KANSER DAN STROK, SALUR BANTUAN RM17,130.00

KAMPONG GAJAH, 20 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Kampong Gajah turun padang menyantuni serta menyalurkan bantuan perubatan kepada dua penerima yang berdepan masalah kesihatan.

Antara penerima bantuan ialah Puan Rosnah binti Abdul Rahman yang disahkan menghidap kanser payudara sejak awal tahun 2025 dan telah menjalani pembedahan pada tulang belakang pada 5 Jun 2026. Puan Rosnah memerlukan ubat T. Palbociclib bagi meneruskan rawatan kanser yang memerlukan kos tinggi.

Prihatin terhadap keadaan yang dihadapi, MAIPk telah menyalurkan bantuan berjumlah RM12,840.00 bagi menampung keperluan ubat kanser dan lampin pakai buang.

Sementara itu, Puan Sarah binti Hussien menerima bantuan susu dan lampin pakai buang berjumlah RM4,290.00. Beliau disahkan mengalami strok sejak 27 Mei 2026 dan telah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku pada bahagian kepala di Hospital Ipoh. Kini, beliau terlantar dan memerlukan penjagaan serta keperluan perubatan secara berterusan.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Cawangan MAIPk Kampong Gajah, Encik Muhamad Amir Amirul bin Ismail. Semoga bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban penerima dan keluarga dalam menghadapi ujian kesihatan, selain membantu memenuhi keperluan rawatan dan penjagaan harian mereka.







.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.