• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • LAWATAN MAIPk KE PERPUSTAKAAN RAJA ASHMAN SHAH USAS BAGI TINGKAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN

LAWATAN MAIPk KE PERPUSTAKAAN RAJA ASHMAN SHAH USAS BAGI TINGKAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN

KUALA KANGSAR, 14 Ogos 2026 – Bahagian Komunikasi Strategik, Sekretariat dan Adat Melayu, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Perpustakaan Raja Ashman Shah, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Delegasi MAIPk telah diwakili oleh Pengurus Unit Penyelidikan dan Adat Melayu, Encik Muhammad Naquib bin Mohamd, bersama Penolong Pustakawan, Cik Farah Fatini binti Mohammad Sharifuddin, dan Pembantu Tadbir, Puan Nur Arina Watiqah binti Zambri. Kehadiran delegasi telah disambut oleh Ketua Pustakawan USAS, Encik Nor Fadzil Bin Shoib.

Sesi lawatan dan perbincangan tersebut menumpukan kepada mendapatkan pendedahan serta berkongsi pengalaman mengenai amalan terbaik dan kaedah pengurusan penyelidikan, khususnya dalam aspek pengurusan bahan serta sumber penyelidikan di perpustakaan.

Pihak MAIPk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak USAS di atas kesudian menerima kunjungan serta perkongsian khidmat nasihat yang amat bermanfaat ini.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.