• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk ziarah keluarga Mr. Os

Kuala Lumpur 11 April 2016 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menziarahi keluarga Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid (Mr.Os) di jalan AU5C/8 Lembah Keramat. Pihak pengurusan MAIPk menziarahi keluarga Allahyarham Mr.Os dalam menyampaikan takziah serta memberi kata-kata semangat kepada keluarga Allahyarham. Pihak MAIPk amat merasai kehilangan Mr Os kerana beliau banyak membantu MAIPk khususnya dalam melaksanakan aktiviti keagamaan dan kebajikan. Mr.Os mula dilantik sebagai Duta Zakat Negeri Perak pada bulan Oktober 2015. Beliau sangat aktif dalam membantu dalam program kebajikan dengan ceramah di beberapa tempat antaranya ceramah di Taiping dan Grik. Program terakhir Allahyarham bersama Zakat Perak adalah pada 24 Mac 2016 yang lalu di Masjid Jamek Gerik.

Semoga dengan ujian ini, ianya tidak mematahkan semangat mereka seisi keluarga untuk terus berusaha dan merealisasikan beberapa hasrat dan niat murni arwah. Semoga jua segala usaha dakwah beliau akan terus meninggalkan kesan kepada umat Islam. Pihak MAIPk yang meziarahi ke rumah keluarga Allahyarham iaitu Pengurus Besar Bahagian Zakat, A.F Ustaz Bakri Bin Lee, Pengurus Kanan Unit Dakwah dan Operasi Zakat, Encik Ahmad Nazim Bin Md.Tajuri serta Penolong Pengurus Unit Dakwah dan Operasi Zakat Encik Muhammad Fauzan Bin Abdul Rahim. Pihak MAIPk merakamkan sekalung takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian Duta Zakat Negeri Perak Mr.Os (Mohd Yusof Abdul Hamid). Al Fatihah.










.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.