• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Majlis Penyampaian Bantuan Aidilfitri Kepada Fakir Miskin Daripada Yayasan Muhibbah Tan Sri Dr Fng Ah Seng

Majlis Penyampaian Bantuan Aidilfitri Kepada Fakir Miskin Daripada Yayasan Muhibbah Tan Sri Dr Fng Ah Seng

BAGAN SERAI, 15 JUN 2017 Yayasan Muhibbah Tan Sri Dr Fng Ah Seng dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan satu majlis penyampaian bantuan Aidilfitri kepada fakir miskin di Dewan Datuk Zainal Abidin. Meskipun berstatus bukan Islam Tan Sri Dr Fng Ah Seng melalui syarikatnya, Epic Valley Holding Berhad telah mengeluarkan zakat sebagai rutin tahunan beliau. Beliau telah menyatakan amalan berzakat daripada keuntungan perniagaan akan memudahkan perjalanan rezekinya malah meningkatkan hasil kekayaan sebagai seorang usahawan tempatan. Beliau mengamalkan ibadah zakat yang dilaksanakan oleh umat Islam ini di atas nasihat oleh Mufti Perak Darul Ridzuan ,YABhg. Tan Sri Dato Seri (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria.

Pada majlis penyampian bantuan Aidilfitri ini, Tan Sri Dato Seri (Dr.) Haji Harussani turut menegaskan jutawan bukan Islam seperti Tan Sri Dr Fng Ah Seng harus menjadi contoh kerana kesudiannya melaksanakan zakat perniagaan untuk membantu pembangunan asnaf beragama Islam adalah bukti sebenar seorang rakyat Malaysia yang amat bertanggungjawab.Beliau juga berharap lebih banyak tokoh-tokoh usahawan sebegini yang dapat dilahirkan demi pembangunan masyarakat majmuk. Pada majlis tersebut seramai 200 golongan miskin dari Bagan Serai dan Parit Buntar menerima sumbangan RM200 setiap seorang, sepuluh buah masjid menerima bantuan RM2,000 setiap sebuah masjid dan pihak MAIPk menerima sebanyak RM20,000 yang diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin Muhamed.










.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.