• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Muzakarah Zakat dan Cukai

11 Oktoberr 2012, Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara telah mengadakan Muzakarah Zakat dan Cukai. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Banding, Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Seramai 200 orang peserta dari kalangan pembantu-pembantu tadbir kewangan yang bertugas di sekolah-sekolah di dalam Daerah Kinta Utara dan pegawai-pegawai dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah menyertai muzakarah tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Yang Berbahagia Dato Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan telah merasmikan muzakarah tersebut dengan memberikan ucap utama. Yang Berbahagia Dato Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan telah menerangkan berkenaan peranan dan fungsi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak serta mengalakkan kakitangan awam menyertai skim zakat pendapatan melalui potongan gaji. Wakil daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara, iaitu Tuan Haji Marazlen @ Mar Azlan bin Amran selaku Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara telah memberikan ucapan aluan. Beliau bersetuju dan menyokong penuh kerjasama yang wujud antara Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dalam mengalakkan amalan berzakat di kalangan guru-guru dan kakitangan yang berkhidmat di sekolah-sekolah. Objektif muzakarah ialah memberikan pendedahan dan kefahaman berkaitan dengan pengiraan zakat dan pengisian Borang Potongan Gaji dan kaitan antara rebat potongan cukai dan zakat.

Sebanyak dua kertaskerja telah dibentangkan iaitu yang pertama oleh Ustaz Bakri bin Lee, Penolong Setiausaha, Bahagian Zakat bertajuk Zakat dan Kalkulator dan yang kedua oleh Encik Ariff bin Apandi, Penolong Setiausaha, Bahagian Kewangan bertajuk Hubungan Zakat dan Cukai.

MAIPk berharap agar muzakarah yang diadakan ini dapat memberikan kefahaman yang komprehensif kepada Pembantu-Pembantu Tadbir Kewangan dalam menguruskan proses potongan gaji guru-guru dan kakitangan yang berkhidmat di sekolah-sekolah di Daerah Kinta Utara. Penghargaan juga kepada Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan muzakarah tersebut.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.